Kepada pengguna jalan raya, pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan menutup sementara Jalan Sentosa 6, Taman Sentosa, Kuala Kangsar untuk kerja-kerja membaik pulih longkang pada ketetapan berikut;-
Tarikh penutupan jalan : 05 OKTOBER 2026 (ISNIN)
Tarikh dijangka tamat : 02 NOVEMBER 2026 (ISNIN)
Sehubungan itu, orang ramai khususnya pengguna jalan raya adalah dimohon untuk mengambil maklum serta memberikan kerjasama yang sewajarnya.
Segala kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali. Harap maklum.