Kepada pengguna jalan raya, pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan menutup sementara Jalan di Persiaran Bendahara, Kuala Kangsar untuk kerja-kerja menurap jalan pada ketetapan berikut;-
Tarikh penutupan jalan : 3 Oktober 2026 (Sabtu)
Tarikh dijangka tamat : 3 Oktober 2026 (Sabtu)
Sehubungan itu, orang ramai khususnya pengguna jalan raya adalah dimohon untuk mengambil maklum serta memberikan kerjasama yang sewajarnya.
Segala kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali. Harap maklum.