Majlis Permasyhuran Nama Jalan Haji Mahmood

Kuala Kangsar, 22 Julai 2026 – Telah berlangsung Majlis Permasyhuran Nama Jalan Haji Mahmood pada pagi ini. Penamaan Jalan Haji Mahmood ini dilaksanakan atas titah serta perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, sebagai tanda pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan Allahyarham dalam sejarah pentadbiran Daerah Kuala Kangsar.


Allahyarham Haji Mahmood, merupakan Pegawai Daerah Kuala Kangsar yang ketiga. Beliau merupakan anak melayu tempatan pertama dilantik oleh pemerintah Inggeris sekitar tahun 1950-an, untuk mentadbir daerah Kuala Kangsar yang sebelum ini ditadbir oleh pentadbir Inggeris sebelum kemerdekaan.


Majlis pemasyhuran telah disempurnakan oleh YDH Toh Maharaja Indera Dato’ Dr. Khairil Anuar bin Arshad, Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, Encik Azrul Sani bin Ibrahim, Pegawai Daerah Kuala Kangsar, dan disaksikan oleh Tuan Haji Saiful Azli bin Mohamed Nor, Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.


Majlis permasyhuran ini diadakan sebagai simbolik rasmi peletakan papan tanda nama Jalan Haji Mahmood.

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

  • 05 - 210 2266 (Hotline)

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 22/07/26 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas