Majlis Apresiasi MPKK 2025 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Pada 15 April 2025 (Selasa), Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) telah menganjurkan Majlis Apresiasi 2025 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar dalam suasana penuh kemeriahan.

Majlis dua dalam satu ini diadakan bertujuan bagi mengiktiraf kecemerlangan perkhidmatan warga kerja MPKK yang telah menunjukkan komitmen, disiplin dan prestasi luar biasa sepanjang tahun 2024, di samping mengukuhkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warganya sempena sambutan Syawal.

Terdapat tiga kategori anugerah pada tahun ini dan majlis ini turut memberikan penghargaan dan mengenang jasa para pesara yang telah memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang berada di MPKK.

Bagi pengiktirafan tahun 2024, seramai 24 anggota kerja telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 169 anggota kerja menerima Sijil Terampil, tujuh pesara menerima penghargaan persaraan.

Istimewa bagi Aungerah Perdana, dua individu telah dinobatkan sebagai penerima iaitu,  Encik Mohd Fadzir bin Idris (Pembantu Khidmat Am H1), Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Encik Ismadi bin Shaharuddin (Pembantu Khidmat Am H1), Jabatan Perancang Bandar Dan Landskap.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPKK, Dr. Sakduddin bin Zamli, dengan kehadiran Tuan Haji Saiful Azli bin Mohamed Nor, Setiausaha Perbandaran, barisan Ahli Majlis, ketua-ketua jabatan dan lebih 200 orang warga MPKK.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan terima kasih atas kehadiran ke Majlis Apresiasi 2025 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri.

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 28/04/25 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas