MAKLUMAT CUKAI TAKSIRAN

Apa itu cukai taksiran?

Cukai Taksiran ialah bayaran cukai yang dikenakan ke atas pegangan harta berkadar yang terletak didalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK ) :

  • Rumah Kediaman
  • Harta Perusahaan Kilang
  • Harta komersil ( Kedai, Hotel, Kompleks dan sebagainya)
  • Tanah Pertanian
  • Tanah Kosong
Formula pengiraan = Nilai Tahunan x Kadar
Tujuan cukai taksiran dikenakan
  • Membiayai kos operasi, pengurusan perkhidmatan dan pembangunan yang dijalankan oleh pihak MPKK untuk kemudahan dan keselesaan penduduk di kawasan MPKK. Ini adalah sesuai dengan objektif MPKK itu sendiri iaitu:
  • Menjadi badan perancang, membangun, menyelenggara dan mentadbir kawasan.
  • Penggerak perubahan dan pembangunan sosio-ekonomi di kawasan tempatan melalui perkhidmatan yang cekap dan berkesan penduduknya.
Bilakah perlu membayar bil cukai taksiran?

Bil-bil taksiran dikeluarkan dua kali setahun iaitu :

  • Bulan Januari bagi bil penggal pertama ( Jan - Jun) perlu dibayar sebelum 28 Februari
  • Bulan Julai bagi bil penggal kedua ( Julai - Dis ) perlu dibayar sebelum 31 Ogos
Apa itu Notis Tuntutan (Borang E)?

Cukai Taksiran yang gagal dibayar Ditetapkan akan dikeluarkan Notis Tuntutan (Borang E) yang mengandungi denda lewat seperti berikut :

Amaun Tunggakan

Denda

Kurang daripada RM 200.00

RM 20.00

Melebihi RM 200.00

RM 30.00

 

TAHUKAH ANDA?

Jika anda hanya seorang penyewa rumah / bangunan tersebut apa harus anda lakukan ?

Anda boleh mengemukakan bil-bil kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal menjelaskan bil-bil tersebut , harta alih anda di dalam bangunan itu akan ditahan, oleh itu anda boleh melindunginya dengan membayar sewanya kepada MPKK sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan Seksyen 151 (6), Akta Kerajaan Tempatan melindungi anda sebagai penyewa.

Apakah yang harus anda lakukan apabila anda ingin membeli sebuah rumah/ tanah kosong?

Buat semakan dahulu di pejabat MPKK nama yang didaftar dan tunggakan yang ada bagi rumah / tanah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari.
Seksyen 146 , Akta Kerajaan Tempatan 1976, menegaskan bahawa semua kadar (tunggakan) adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya. Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu perkara ini dengan peguam atau agen pengurusan yang menguruskan urusniaga harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.

Jika pertukaran hakmilik berlaku seperti membeli / menjual / mewarisi rumah ,harta , lot kosong, apakah yang perlu dilakukan ?

Sila maklumkan kepada MPKK dengan mengisi borang notis pindah milik harta berserta dengan lain-lain dokumen berkaitan seperti salinan geran, kad pengenalan, bil cukai terbaru yang telah jelas dibayar, dalam tempoh 3 bulan selepas pindahmilik dilakukan. Jika gagal, pihak MPKK boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 160 (6) Akta Kerajaan Tempatan, iaitu anda boleh dikenakan denda sehingga RM 2000.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-dua sekali.

Jika rumah / bangunan anda kosong tidak didiami, bolehkah anda mendapatkan pelepasan / pengurangan kadar taksiran?

Kadar taksiran anda boleh dikurangkan dengan syarat anda memberi notis secara bertulis kepada MPKK mengenai kekosongan itu dan memenuhi syarat- syarat yang dinyatakan dibawah Seksyen 162 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Anda juga perlu memberitahu MPKK jika bangunan / rumah tersebut telah diruntuhkan , musnah atau dipindahkan ke tapak lain.

Bagaimana untuk menjelaskan Cukai Taksiran jika anda tidak berkemampuan membayar sekaligus?

MPKK akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansuran bulanan. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Jabatan Penilaian, MPKK untuk membincangkan perkara ini. Jika dipersetujui, satu perjanjian bayaran cukai taksiran secara ansuran akan dibuat di antara anda dengan pihak MPKK.

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 12/05/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas