• Home
  • Dasar Keselamatan

Dasar Keselamatan

Dasar Keselamatan MPKK diwujudkan untuk menjamin kesinambungan urusan MPKK dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT. Objektif utama Dasar Keselamatan ICT MPKK adalah seperti berikut :

  • Menjamin semua aset ICT (maklumat elektronik dan bukan elektronik, perisian, data, rangkaian data dan peralatan) dan pengguna, peraturan, tanggungjawab serta kemudahan ICT yang terdapat di MPKK adalah dilindungi sepenuhnya daripada kemusnahan, kehilangan, disalahgunakan atau penyelewengan;

  • Membantu dalam membimbing para pegawai dan kakitangan MPKK menggunakan kaedah yang sistematik dan seragam dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang melibatkan ICT;

  • Memastikan kelancaran operasi harian MPKK dan meminimumkan kerosakan atau kemusnahan;

  • Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada sistem maklumat dari kesan kegagalan atau kelemahan dari segi kerahsiaan, integrity, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi; dan

  • Mencegah salah guna atau kecurian aset ICT MPKK.
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 12/05/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas