E-Perkhidmatan

Pengguna tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara di bawah semasa menjawab Tinjauan dan Soal Selidik yang terdapat dalam Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar:

Memuat naik, mengemel, atau menghantar maklumat yang mengandungi perkara-perkara berikut
Menyalahi undang-undang, berbahaya, berbaur ancaman, kesat, menganggu, bersifat mendera, berbaur fitnah, kasar, lucah, melanggar hak peribadi, bersifat benci, perkauman, keagamaan, etnik, atau sebaliknya dalam hal yang tidak menyenangkan, tidak benar, tidak relevan dengan soal selidik atau tinjauan yang disediakan Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

Mengandungi mana-mana pengiklanan yang tidak diminta atau tidak dibenarkan dan bahan promosi, komersial atau sebaliknya, termasuk pautan kepada laman web/portal yang mengandungi bahan seperti itu.

Mengandungi virus-virus perisian atau mana-mana kod komputer lain, fail atau program yang direka untuk merosakkan, memusnahkan atau mengehadkan. fungsi mana-mana perisian komputer, perkakasan, atau kelengkapan telekomunikas

Mengguna atau mewujudkan satu pengenalan palsu (termasuk menggunakan nama samaran, penyamaran oleh orang atau entiti lain, atau menyatakan sesuatu yang palsu).

Mengancam, mengintip atau memalukan mana-mana pengguna lain.

Mengehadkan atau menghalang mana-mana pengguna lain daripada menggunakan portal ini

Mengganggu, melumpuh, membeban, menjejas kerja, penampilan portal, server atau jaringan yang disambungkan kepada portal.

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 12/05/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas