Perutusan YDP

ydp
DR. SAKDUDDIN BIN ZAMLI
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

السلام عليكم ورحمة الله
Salam Sejahtera

Selamat Datang ke Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). Laman sesawang ini diwujudkan bagi memberi informasi mengenai fungsi dan tanggungjawab MPKK. Selain laman ini, facebook dan twitter MPKK menyalurkan maklumat terkini mengenai urusan perbandaran di Kuala Kangsar.

Daerah Kuala Kangsar bakal dibangunkan mengikut kerangka Koridor Pelancongan Diraja Global (Global Royal Tourism) seperti digariskan dalam Perak Sejahtera 2030. Agenda ini turut memperkasakan inisiatif berkaitan khazanah seni, warisan dan budaya rakyat. Ke arah itu, MPKK beriltizam merancang dan melestarikan perbandaran di Kuala Kangsar dengan penuh dedikasi dan berintegriti.

Saya turut mengalu-alukan sebarang saranan menambahbaik pengurusan perbandaran di daerah ini. Marilah bersama-sama MPKK menzahirkan visi: Menjadikan Kuala Kangsar Bandar Diraja Sebagai Bandar Warisan Budaya Yang Membangun, Masyarakat Berintegriti dan Persekitaran Yang Indah Permai.

Sekian, terima kasih.

Dr. Sakduddin bin Zamli
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 12/05/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas