Perhimpunan Korporat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Bulan Februari

07 Februari 2024, Kuala Kangsar - Telah berlangsungnya Perhimpunan Korporat bilangan kedua bagi tahun 2024 yang dihoskan oleh Jabatan Perbendaharaan. Perhimpunan kali ini diadakan untuk mengimbas kembali segala aktiviti-aktiviti Jabatan yang mengendalikan perhimpunan tersebut serta memberi penghargaan kepada pekerja terbaik bulanan.

Perhimpunan kali ini juga menjemput Dr. Nadhirah binti Azmi, Pegawai Pergigian dari Klinik Pergigian Daerah Kuala Kangsar untuk berkongsi ilmu mengenai “Kesedaran Kanser Mulut”. Selain itu, Puan Nurul Syaffiqa binti Shaffie, Penolong Pegawai Perangkaan, Jabatan Perangkaan Negara Negeri Perak turut sama memberikan taklimat berkenaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan dari Ketua Jabatan Perbendaharaan, Puan Nurul Azwa binti Zainun dan wakil Ahli Majlis, Clr. Shaharuddin bin Mohd Said.

Perhimpunan Korporat ini telah dihadiri oleh YBrs. Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua MPKK, Tuan Haji Saiful Azli bin Mohamed Nor, Setiausaha Perbandaran, Ahli-ahli Majlis MPKK , Ketua Jabatan dan anggota kerja MPKK.

1
1
1
1
1
1
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 26/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas