Portal Majlis Perbandaran Kuala Kangsar menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access seperti berikut :
1. Pengguna warga tua
Bagi pengguna warga tua, Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.
Petunjuk :
= Besarkan saiz teks
= Kecilkan saiz teks
= Saiz asal teks
Contoh :
| Saiz asal teks: |
Besarkan saiz teks: |
2. Pengguna buta warna
Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan diruangan atas setiap halaman Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang disediakan samada biru, merah atau Hijau.
Petunjuk :
= Biru
= Merah
= Hijau
= Untuk kembali kepada asal
Contoh :
| Warna asal teks: |
| Pilihan warna biru teks: |
3. Pengguna cacat penglihatan
Bagi pengguna yang cacat penglihatan, terdapat pembaca teks (text reader) di dalam portal Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
Kemudahan pembaca text (text reader) akan menjana suara secara automatik sebagai alternatif kepada pengguna cacat penglihatan dimana mereka boleh mendengar dengan jelas isi kandungan yang ingin disampaikan. Panduan untuk menggunakan kemudahan ini adalah seperti berikut :
- Semasa melayari laman ini, anda akan menemui ikon "
" pada bahagian bawah @ atas kandungan/artikel tersebut. - Klik padanya dan satu tetingkap baru akan muncul. Paparan tersebut adalah seperti dibawah :
- Anda boleh mendengar suara pembaca teks sejurus selepas ianya selesai dijana. Sila pastikan "speaker" komputer anda tidak berada dalam keadaan "mute"























