PROFAIL
Rumah Rehat Kuala Kangsar telah dibina pada tahun 1960-an dan ia adalah salah sebuah Rumah Rehat yang masih beroperasi sehingga kini di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Ia terkenal di kalangan pelancong asing kerana ia tersenarai di dalam buku pelancongan antarabangsa. Rumah Rehat Kuala Kangsar terletak di atas bukit yang dinamakan Bukit Kerajaan atau lebihdikenali sebagai Bukit Residen yang mana pada suatu masa dahulu terdapat rumah yang didiami oleh Residen British dan juga pegawai-pegawai tinggi kerajaan.
Bangunan Rumah Rehat Kuala Kangsar adalah dimiliki oleh Majlis Daerah Kuala Kangsar pada masa itu dan telah memajakkannnya kepada beberapa pengusaha termasuk yang terakhir sekali iaitu Chez Amies Travel & Tour. Di bawah pengurusan Chez Amies, Rumah Rehat Kuala Kangsar telah diberi nama Rumah Rehat Seri Temenggong.
Pada 1 April 2004, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar telah mengambil alih sepenuhnya pengurusan Rumah Rehat Kuala Kangsar atas titah Ke Bawah DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. DYMM Tuanku telah juga menitahkan supaya tahap kebersihan dan kemudahan di Rumah Rehat di naik taraf. Rumah Rehat Kuala Kangsar menyediakan pelbagai kemudahan seperti bilik penginapan, bilik mesyuarat dan restoran. Bilik-bilikpenginapan terbahagi kepada 4 kategori iaitu bilik VVIP Suite-2 buah, VIP-4 buah, Deluxe-8 buah dan Superior sebanyak 3 buah beserta bilik mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 100 orang pada satu-satu masa. Di sini juga di sediakan pelbagai jenis makanan yang boleh didapati di restoran yang diuruskan oleh E.J Catering. Disamping itu juga, tetamu-tetamu Rumah Rehat boleh menikmati kemudahan-kemudahan sampingan seperti penggunaan kolam renang, gimnasium, bot persiaran dan trek jogging yang berhampiran.
Tetamu-tetamu Rumah Rehat Kuala Kangsar juga pasti terpegun dengan panorama indah Sungai Perak yang dapat dilihat dari atas bukit beserta kilapan lampu neon Jambatan Sultan Abdul Jalil yang cantik di waktu malam.























