PERUTUSAN YANG DI PERTUA MPK


Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi MPKK
Saya mengalu-alukan kunjungan anda ke laman web kami yang menawarkan pelbagai informasi yang berfaedah lagi menarik untuk tatapan anda semua. Informasi yang kami sediakan  melalui laman web in mencakupi maklumat menyeluruh tentang perkhidmatan dan kemudahan yang dikendalikan oleh MPKK bagi memudahkan para pelanggan berurusan dengan kami serta maklumat tentang cara bagaimana anda boleh mendapat  manfaat dan faedah dari perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan itu.

Melalui laman ini juga kami turut memaparkan informasi yang menarik terutama berkaitan dengan produk-produk pelancongan yang terdapat di Kuala Kangsar yang terkenal sebagai 'Bandar Diraja' yang bersejarah di mana  bangunan-bangunan yang indah seperti Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Kolej Melayu Kuala Kangsar, dan bangunan-bangunan warisan sejarah yang lain di samping produk lain yang berasaskan kraftangan, alam semulajadi dan sebagainya.
Bagi pihak MPKK, saya juga mengalu-alukan sebarang komen, teguran yang membina daripada pelanggan yang dihormati serta bersedia menerima idea dan  pandangan demi menambahbaik laman web ini. Begitu juga kami membuka ruang kepada anda semua untuk menyumbangkan idea dan buah fikiran bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami warga MPKK demi untuk kesejahteraan kita semua khususnya warga perbandaran Kuala Kangsar.
Saya berserta seluruh warga kerja MPKK mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan melayari laman web kami. Kami menjanjikan yang terbaik untuk anda semua mengikut yang termampu kami lalukan.
Sekian, terima kasih.


MPKK - Mengutamakan Pelanggan Komitmen Kami


Dato' Haji Mohd Shafie Bin Arifin DPMP, PMP, AMP, PPT
Yang Dipertua MPKK

 

 
  MASUK / DAFTAR
  CARIAN
  KALENDAR
11 Mac 2010
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4
 
 Hakcipta Terpelihara 2010 © Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
Terma & Syarat
| Dasar Polisi | Dasar Keselamatan | Penafian
Paparan terbaik menggunakan IE7.0 dan Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.