Logo

 



Rasional Warna

 

KUNING

 

Warna Kuning ditonjolkan di sini sebagai warna utama. Dikategorikan sebagai warna panas di mana lebih bersifat dinamik dan cemerlang.

 

Kecemerlangan yang disebut di sini ialah kecemerlangan MPKK dalam menjalankan tugas sebagai satu agensi pihak berkuasa tempatan yang mana turut sama membantu di dalam mengejar wawasan untuk membangunkan Daerah Kuala Kangsar menjadi daerah lebih maju.

 

Warna Kuning juga merupakan warna khas Raja-Raja Melayu yang melambangkan corak pertadbiran MPKK yang efisyen disamping sesuai dengan gelaran BANDARAN DIRAJA untuk Daerah Kuala Kangsar.

 

HITAM

 

Warna Hitam yang digunakan di sini lebih berfungsi sebagai warna sokongan kepada warna utama. Pilihan Warna Hitam memberi maksud Keteguhan, Dedikasi, Cekap dan Sentiasa Bersedia..

 

Keteguhan yang dimaksudkan di sini ialah keteguhan di dalam menjalankan perkhidmatan serta dedikasi di samping sentiasa berkhidmat sesuai dengan motto majlis iaitu 'BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT'

 

BIRU

 

Warna Biru biasanya dikategorikan sebagai warna-warna segar. Digunakan di sini untuk mengimbangkan warna-warna utama yang sedia ada iaitu Kuning dan Hitam.

 

Selain itu, Warna Biru juga melambangkan ilmu dan pendidikan selaras dengan hasrat MPKK untuk menjadikan Daerah Kuala Kangsar sebagai Bandar Ilmu disamping menitik beratkan kesejahteraan penduduk sekitar.

 

Elemen Asas Rekabentuk

Eleman asas rekabentuk terdiri dari garisan, rupa, warna dan bentuk. Semua hasil rekabentuk terhasil dari gabungan dan aturan elemen-elemen asas ini.

 

GARISAN

 

Penggunaan elemen garisan di dalam rupabentuk logo MPKK lebih bersifat grafik. Gabungan warna serta imbangan secara kontras pada garisan goemetrik memberikan kesan yang dinamik pada keseluruhan rekaan.

 

 

RUPA

 

Rupa adalah bersifat dua dimensi (2D), wujud dalam ruang yang mendatar. Setiap gambaran bersifat abstrak mempunyai maksud-maksud yang tersirat. Ruang pada motif-motif yang diterapkan dalam rekabentuk baru logo MPKK ini disesuaikan dengan objektif dan wawasan semasa MPKK disamping menonjolkan landmark-landmark menarik di Daerah Kuala Kangsar.

 

 

Perlambangan

      Eleman asas rekabentuk terdiri dari garisan, rupa, warna dan bentuk. Semua hasil rekabentuk terhasil dari gabungan dan aturan elemen-elemen asas ini.

 

 

PADI

 

Padi merupakan makanan utama penduduk setempat. Padi juga telah menjadi makanan turun temurun disamping telah menyumbangkan ke arah sosio ekonomi masyarakat Melayu pada masa dahulu dan tidak luput ditelan zaman. Sumbangannya kepada ekonomi dan kepentingannya kepada sumber tenaga kepada masyarakat setempat tidak harus dilupakan.

 

 

LINGKARAN BULAN SABIT

 

Lingkaran berbentuk bulan sabit digunakan di sini sebagai bentuk asas bagi logo MPKK. Menggambarkan Agama Islam yang mana ketua pemerintah di Negeri ini iaitu Sultan, menjunjung tinggi peranan Agama dalam membentuk kehidupan yang lebih sejahtera, berkualiti dan bersih disamping menyokong imej lambang masjid yang digunakan sebagai lambang utama di dalam logo MPKK ini.

 

 

BUKU

 

Mendefinasikan Kuala Kangsar sebagai sebuah perbandaran yang berteraskan ilmu pengetahuan dengan tertubuhnya sekolah-sekolah yang sememangnya tersohor di seluruh negara terutamanya MDKK. Dari sinilah terlahirnya toloh-tokoh politik yang sememangnya banyak menabur bakti kepada negara, bangsa dan agama.

 

 

IMEJ MASJID UBUDIAH

 

Memang dikenali sebagai salah satu landmark yang begitu sinonim dengan Daerah Kuala Kangsar . Masjid ini juga di antara yang tertua di Malaysia serta dikatakan sebagai antara salah satu masjid yang tercantik di dunia.

 

Penggunaan imej masjid ini adalah merujuk kepada gelaran Daerah Kuala Kangsar itu sendiri yang dikenali sebagai Bandar Diraja yang mana Sultan ataupun pemerintahnya menjunjung agama Islam. Disamping itu juga, ianya menjadi salah satu landmark pelancongan yang terkemuka di Negeri Perak.

 

 

IMEJ JAMBATAN

 

Merupakan satu lagi mercu tanda Daerah Kuala Kangsar. Jambatan digunakan sebagai imej di sini sebagai menunjukkan pihak MPKK sentiasa menjalinkan hubungan mesra dengan rakyat Daerah Kuala Kangsar.

 

Imej disokong oleh grafik air berwarna biru bagi menyerlahkan lagi kesemua gabungan lambang-lambang grafik yang diaplikasikan dalam lingkaran asas perlambangan logo MPKK ini.

 

 
  MASUK / DAFTAR
  CARIAN
  KALENDAR
12 Mac 2010
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4
 
 Hakcipta Terpelihara 2010 © Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
Terma & Syarat
| Dasar Polisi | Dasar Keselamatan | Penafian
Paparan terbaik menggunakan IE7.0 dan Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.