Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman | Peta Lokasi
Pilihan Teks : font1 font2 font3 Skema Warna : BBC Putih BBC Biru BBC Hitam BBC Putih2 w3c1 Pilihan Latar Belakang : bg1 bg2 bg3 Lain Bahasa Pilihan Bahasa:
 
KHIDMAT PELANGGAN
Tel : 05-776 3199
Fax : 05-776 1004
logompkk

Emel:
aduan@mpkkpk.gov.my

logostaff Direktori Pegawai

iconkey linkkey
PENGGUNA BERDAFTAR
linkkey2

LATAR BELAKANG RESORT SUNGAI PERAK

 

Resort Safari Sungai Perak yang kini lebih dikenali sebagai Resort Sungai Perak yang berkeluasan sekitar 5 ekar persegi dan mula dibina pada tahun 1998 melalui peruntukan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Landskap Negara serta Kerajaan Negeri Perak dengan jumlah kos sebanyak RM 4.15 juta.

   Pembinaan resort ini telah disiapkan pada akhir Mac 2000 dan mula beroperasi pada 1 April 2000 dimana Majlis Daerah Kuala Kangsar (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar) telah diperakukan untuk menguruskan resort ini secara sepenuhnya. Tuan Haji Rahim Bin Saleh selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Kangsar pada masa itu adalah antara pencetus idea bagi melaksanakan pembinaan resort tersebut.

   Lokasi resort ini yang terletak di tepian Sungai Perak yang bersebelahan dengan Jambatan Sultan Abdul Jalil yang megah berdiri adalah merupakan resort yang terbesar di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Panaroma menghadap Sungai Perak menjanjikan ketenangan dan kedamaian bagi para pengunjungnya. Deretan meja santai dihadapan resort ini memberi peluang kepada para pengunjungnya menghirup udara segar dan nyaman.

   Selain itu, pelbagai kemudahan lain disediakan antaranya kemudahan penginapan, cafe restoran, dewan seminar, taman permainan, trek jogging dan kemudahan rekreasi yang lain. Bagi mereka yang ingin menyusuri sepanjang Sungai Perak, resort ini juga menyediakan perkhidmatan bot persiaran dengan kadar tambang yang berpatutan.


Mulai tahun 2008, pengurusan Resort Sungai Perak telah diswastakan kepada Awan Bayu Sdn. Bhd untuk memastikan kualiti perkhidmatan akan terus berkekalan pada tahap optima. 

Bookmark and Share