Bantuan

 

   

Carian

carian

Carian terletak di penjuru kanan atas membolehkan pengguna mencari maklumat yang dikehendaki. Pada masa ini, fungsi Carian memberi tumpuan kepada maklumat di dalam Berita & Peristiwa, Artikel (di dalam Sumber), Perkhidmatan (boleh di dapati di penjuru kanan setiap muka surat)

Kalendar

kalendar

•  Kalendar memberi petunjuk kepada pengguna mengenai peristiwa yang berlaku pada tarikh-tarikh yang tertentu.

•  Ia juga mewakili submenu Peristiwa yang terdapat di dalam menu Berita & Peristiwa.

•  Pengguna dapat mengetahui jika adanya sesuatu aktiviti/program melalui tarikh-tarikh yang telah dihitamkan.

•  Klik pada tarikh tertentu akan memaparkan aktiviti/program untuk hari tersebut.

Untuk mengetahui keseluruhan aktiviti pada bulan tersebut, pengguna boleh klik pada Lagi Aktiviti Bulan Ini yang terdapat di bahagian bawah Kalendar.

Menu Utama

Menu Utama portal MPAJ terdiri daripada :

menu

 

Menu Info Ampang Jaya menyediakan informasi berguna tentang Ampang Jaya kepada pengguna portal. Antara maklumat yang terdapat dalam menu ini adalah seperti maklumat kawasan, tempat-tempat menarik, pengangkutan awam serta kemudahan direktori.


Contoh :


submenu


Pengguna portal juga dapat mengetahui pelbagai perkhidmatan yang disediakan di sekitar Ampang Jaya beserta panduan alamat melalui menu Perkhidmatan . E-perkhidmatan juga disediakan oleh pihak Majlis bagi memudahkan pengguna membuat semakan cukai pintu, kompaun, permohonan lesen dan penjaja.


Menu Sumber adalah capaian di mana pengguna dapat merujuk kepada pelbagai maklumat seperti pekeliling, jadual, kompaun, dan aspek-aspek perundangan di bawah tadbir Majlis. Pengguna juga boleh turut serta berbincang serta memberi pandangan melalui ruangan Forum yang disediakan.


Menu Berita & Peristiwa memuatkan informasi terkini serta pengumuman yang telah dan akan berlaku di sekitar Ampang Jaya. Galeri Foto juga merupakan salah satu submenu yang terdapat dalam menu ini yang memuatkan pelbagai koleksi gambar menarik.

Semua maklumat penting tentang Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan pengurusannya dikelaskan di dalam menu Info MPAJ.

Galeri Foto

  • Memuatkan koleksi gambar yang dikelaskan mengikut Kategori dan Album.
  • Sebagai contoh, di dalam kategori Tempat-tempat Menarik terdapat Album Kawasan Rekreasi Kemensah, Kelab Century Paradise dan lain-lain.
  • Pengguna boleh klik pada gambar untuk mengetahui deskripsi lanjut.
  • Gambar juga boleh dimuat turun .

Contoh :

galeri foto

 

 

 

 
  MASUK / DAFTAR
  CARIAN
  KALENDAR
11 Mac 2010
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4
 
 Hakcipta Terpelihara 2010 © Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
Terma & Syarat
| Dasar Polisi | Dasar Keselamatan | Penafian
Paparan terbaik menggunakan IE7.0 dan Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.