Cukai Taksiran



 APA ITU CUKAI TAKSIRAN?

Cukai Taksiran ialah bayaran cukai yang dikenakan ke atas pegangan harta berkadar yang terletak didalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK ) :

Rumah Kediaman

Harta Perusahaan Kilang 

Harta komersil ( Kedai, Hotel, Kompleks dan sebagainya)

Tanah Pertanian

Tanah Kosong

 

 

 

 Formula pengiraan = Nilai Tahunan x Kadar


 TUJUAN CUKAI TAKSIRAN DIKENAKAN

Membiayai kos operasi, pengurusan perkhidmatan dan pembangunan yang dijalankan oleh pihak MPKK untuk kemudahan dan keselesaan penduduk di kawasan MPKK. Ini adalah sesuai dengan objektif MPKK itu sendiri iaitu:

Menjadi badan perancang, membangun, menyelenggara dan mentadbir kawasan.

Penggerak perubahan dan pembangunan sosio-ekonomi di kawasan tempatan melalui perkhidmatan yang cekap dan berkesan penduduknya.



 

 

 PEMBAYARAN 

Bil-bil taksiran dikeluarkan dua kali setahun iaitu:

 

Bulan Januari bagi bil penggal pertama ( Jan - Jun) perlu dibayar sebelum 28  Februari 

 

Bulan Julai bagi bil penggal kedua  ( Julai - Dis ) perlu dibayar sebelum 31 Ogos

 

 


Cukai Taksiran yang gagal dibayar Ditetapkan akan dikeluarkan Notis Tuntutan (Borang E) yang mengandungi denda lewat seperti berikut :

Amaun Tunggakan

Denda

Kurang daripada RM150.00

RM4.00

Melebihi RM150.00-RM250

RM8.00

Melebihi RM250.00-RM600.00

RM12.00

Melebihi RM600.00

RM10.00 bagi setiap tambahan RM100 atau sebahagian daripadanya.


 

 

 TAHUKAH ANDA?

 

Jika anda hanya seorang penyewa rumah / bangunan tersebut apa harus anda lakukan ?

 

Anda boleh mengemukakan bil-bil kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal menjelaskan bil-bil tersebut , harta alih anda di dalam bangunan itu akan ditahan, oleh itu anda boleh melindunginya dengan membayar sewanya kepada MPKK sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan Seksyen 151 (6), Akta Kerajaan Tempatan melindungi anda sebagai penyewa.

 

 

Apakah yang harus anda lakukan apabila anda ingin membeli sebuah rumah/ tanah kosong?

 

Buat semakan dahulu di pejabat MPKK nama yang didaftar dan tunggakan yang ada bagi rumah / tanah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari.
Seksyen 146 , Akta Kerajaan Tempatan 1976, menegaskan bahawa semua kadar (tunggakan) adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya. Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu perkara ini dengan peguam atau agen pengurusan yang menguruskan urusniaga harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.

 

 

Jika pertukaran hakmilik berlaku seperti membeli / menjual / mewarisi rumah ,harta , lot kosong, apakah yang perlu dilakukan ?

 

Sila maklumkan kepada MPKK dengan mengisi borang notis pindah milik harta berserta dengan lain-lain dokumen berkaitan seperti salinan geran, kad pengenalan, bil cukai terbaru yang telah jelas dibayar, dalam tempoh 3 bulan selepas pindahmilik dilakukan. Jika gagal, pihak MPKK boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 160 (6) Akta Kerajaan Tempatan, iaitu anda boleh dikenakan denda sehingga RM 2000.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-dua sekali.

 

 

Jika rumah / bangunan anda kosong tidak didiami, bolehkah anda mendapatkan pelepasan / pengurangan kadar taksiran?

 

Kadar taksiran anda boleh dikurangkan dengan syarat anda memberi notis secara bertulis kepada MPKK mengenai kekosongan itu dan memenuhi syarat- syarat yang dinyatakan dibawah Seksyen 162 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Anda juga perlu memberitahu MPKK jika bangunan / rumah tersebut telah diruntuhkan , musnah atau dipindahkan ke tapak lain.

 

 

Bagaimana untuk menjelaskan Cukai Taksiran jika anda tidak berkemampuan membayar sekaligus ?

 

MPKK akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansuran bulanan. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Jabatan Penilaian, MPKK untuk membincangkan perkara ini. Jika dipersetujui, satu perjanjian bayaran cukai taksiran secara ansuran akan dibuat di antara anda dengan pihak MPKK.

 

 

Apakah yang harus anda lakukan apabila anda ingin membeli sebuah rumah / tanah kosong ?

 

Buat semakan dahulu dengan MPKK nama yang didaftar dan tunggakan yang ada bagi rumah/ tanah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari. Seksyen 146, Akta Kerajaan Tempatan 1976, menegaskan bahawa semua kadar (tunggakan) adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya. Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu perkara ini dengan peguam atau agen pengurusan yang menguruskan urusniaga harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya

 

Bayaran sepenuhnya hendaklah dijelaskan dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis tuntutan dikeluarkan. Jika tidak, waran tahanan akan dikeluarkan mengikut kadar yang ditetapkan oleh MPKK iaitu :

 

 

Amaun Tunggakan Seksyen 148 (4)

Bayaran waran tahanan

Tidak melebihi RM 50.00

RM 5.00

Melebihi RM 50 - RM 100

RM 10.00

Melebihi jumlah RM 100

RM 10.00 bagi setiap tambahan RM 10.00 Atau sebahagian daripadanya

 

Waran tahanan yang dikeluarkan adalah bagi membolehkan MPKK menahan barang-barang yang ada di dalam bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan / tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151 Akta Kerajaan Tempatan, 1976.

 

Pihak MPKK juga boleh mengambil tindakan dibawah seksyen 156 Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu membuat tuntutan tunggakan cukai taksiran sebagai hutang dalam sesuatu mahkamah yang berkuasa.

 

 

Bagaimana untuk mengelakkan denda atau tindakan Mahkamah ?

 

Bayar segera sebelum 28 Febuari bagi bil setengah tahun pertama dan 31 Ogos bagi setengah tahun kedua pada tiap-tiap tahun .

 

 

Apakah yang perlu anda lakukan jika bil-bil tidak diterima ?

 

Datang sendiri ke pejabat MPKK, Jabatan Penilaian untuk mendapatkan bil-bil tuan / puan. Jangan lupa membawa maklumat- maklumat seperti berikut :
:. No. Lot / No. Rumah
:. No. Akaun atau bawa bil lama

 

 
  MASUK / DAFTAR
  CARIAN
  KALENDAR
11 Mac 2010
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4
 
 Hakcipta Terpelihara 2010 © Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
Terma & Syarat
| Dasar Polisi | Dasar Keselamatan | Penafian
Paparan terbaik menggunakan IE7.0 dan Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.