| GALERI SULTAN AZLAN SHAH Galeri Sultan Azlan Shah secara rasmi dibuka oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tarikh 9 Disember 2003. Awalnya istana yang disebut "Istana Hulu" atau disebut Istana Kota terletak di Bukit Chandan, merupakan istana konkrit yang pertama dibina di Negeri Perak. | |
| RESORT SUNGAI PERAK Resort Sungai Perak mula beroperasi pada 4 April 2000 di bawah pengurusan sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kewujudan Resort Sungai Perak ini adalah bertujuan untuk menyediakan kemudahan penginapan kepada pelancong yang mengunjungi Bandar Diraja Kuala Kangsar. | |
| RUMAH REHAT KUALA KANGSAR Rumah Rehat Kuala Kangsar telah dibina pada tahun 1960-an dan ia adalah salah sebuah Rumah Rehat yang masih beroperasi sehingga kini di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Ia terkenal di kalangan pelancong asing kerana ia tersenarai di dalam buku pelancongan antarabangsa. | |
| | KOLAM RENANG KUALA KANGSAR Terletak berhampiran bandar Kuala Kangsar bersebelahan Rumah Rehat dekat Bukit Chandan.Kolam Renang Kuala Kangsar dibina atas cetusan idea Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. |























