PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA

Carta Organisasi
OBJEKTIF
Sebagai sebuah bahagian yang menasihati MPKK dalam menentukan nilai tahunan sesebuah hartanah bagi maksud cukai taksiran dijalankan mengikut prinsip-prinsip penilai hartanah dan bersifat adil. Juga menguruskan pungutan hasil cukai yang cekap dan berkesan serta mewujudkan suatu system maklumat harta yang terkini bagi tujuan perangkaan,perancangan dan pembanggunan.
FUNGSI UTAMA JABATAN
Menjalankan kerja-kerja penilaian ke atas semua hartanah yang terletak di dalam kawasan operasi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar bagi tujuan cukai taksiran dan memungut hasil cukai taksiran yang merupakan hasil pendapatan utama Majlis dengan mewujudkan suatu system maklumat dan pungutan yang dikemaskini dan berkesan.
PIAGAM PELANGGAN JABATAN
1. Pengeluaran bil cukai taksiran tidak lewat dari 10 Januari dan 10 Julai setiap tahun untuk
dihantar kepada pembayar cukai.
2. Memberi peluang kepada pemilik harta membuat bantahan terhadap nilai tahunan yang
ditetapkan dan memberi keputusan bantahan dalam tempoh 2bulan dari tarikh penerimaan
surat bantahan.
3. Kelulusan permohonan tukar nama diproses dalam tempoh 3 hari.
4. Memastikan segala aduan diambil tindakan dalam tempoh yang berpatutan dan memberi
maklumbalas dalam tempoh 1 minggu.
