UNDANG-UNDANG & PENGUATKUASAAN

Carta Organisasi
OBJEKTIF
Selaras dengan perkembangan Majlia serta pembangunan yang pesat, maka objektif utama Jabatan Undanh-undang dan Penguatkuasaan ialah: mengurus hal-hal yang berkaitan dengan perundangan serta penguatkuasaan yang dijalankan adalah adil, teratur, berkesan serta memuaskan hati orang ramai. Penyelerasan segala tindakan dan pelaksanaan adalah bagi menjaga dan melindungi kepentingan Majlis selaras dengan peruntukan undang-undang yang digunapakai.
FUNGSI DAN TUGAS
BAHGIAN UNDANG-UNDANG
i. memberi nasihat dan perkhidmatan perundangan kepada Jabatan yang memerlukan agar segala
tindakan tidak ‘ultra vires’ dengan sebarang undang-undang yang sedia ada.
ii. Bertangungjawab menyediakan, menggubal dan menyemak draf Undang-Undang Kecil, Perintah
serta kaedah sama ada yang baru atau pindaan
iii. Menyemak dan menyediakan draf-draf perjanjian, MOU dan ‘legal notice’ yang diperlukan.
iv. Menguruskan fail-fail, saman, pengaduan serta pertuduhan untuk pendaftaran kes pendakwaan
ke mahkamah.
v. Bertanggungjawab meneliti, menjalankan sebutan dan pendakwaan bagi kes Majlis.
vi. Menguruskan hal tuntutan pembelaan, tindakan-tindakan sivil bersama panel peguam MPKK.
Bahagian Penguatkuasaan
i. Menguatkuasakan undang-undang yang digunakan oleh Majlis dan menjalankan operasi-operasi
penguatkuasaan
ii. Menguatkuasakan Perintah Lalulintas MPKK melalui tindakan penguatkuasaan.
iii. Mengeluarkan notis amaran kepada sesiapa yang gagal membayar kompoun yang ditetapkan
pada masa yang ditetapkan.
iv. Menyediakan kertas siasatan untuk kes-kes yang diperlukan untuk pendakwaan.
v. Membantu Jabatan Penilaian untuk penghantaran notis-notis cukai taksiran serta tindakan
waran.
vi. Membantu Jabatan Kesihatan (unit sewaan) untuk tindakan sitaan kedai bagi yang gagal
membayar tunggakan sewa.
vii. Memberi kesedran kepada orang ramai supaya menghargai undang-undang dan peraturan
yang digunapakai oleh Majlis melalui tindakan penguatkuasaan.
PIAGAM PELANGGAN
i. Kami berjanji sedia membantu dan sentiasa memberi layanan mesra, bertimbangrasa dan
bertanggungjawab kepada orang ramai yang berurusan dengan Jabatan ini.
ii. Memberi nasihat undang-undang kepada orang ramai ke tahap pemahaman yang maksima.
iii. Menentukan bahawa semua tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap orang ramai
adalah adil, tegas bertimbangrasa,bijaksana dan bertepatan dengan peruntukan undang-
undang.
iv. Semua maklumat dan aduan yang diterima dari orang ramai akan diambil tindakan
penguatkuasaan dalam tempoh tiga(3) hari bekerja mengikut peruntukan dan keperluan
perundangan.
v. Menguruskan semua aduan yang diterima dengan mengambil tindakan berikut:
a. Menjalankan pemeriksaan di tapak/siasatan dalam tempoh 24 jam dan tindakan pemulihan
dalam tempoh 3 hari mengikut status aduan dan keutamaan.
b. Membri laporan dan maklumbalas status kes kepada pihak pengurusan dalam tempoh 7
hari.
