close
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman | Peta Lokasi
Pilihan Teks : font1 font2 font3 Skema Warna : BBC Putih BBC Biru BBC Hitam BBC Putih2 w3c1 Pilihan Latar Belakang : bg1 bg2 bg3 Lain Bahasa Pilihan Bahasa:
 
KHIDMAT PELANGGAN
Tel : 05-776 3199
Fax : 05-776 1004
logompkk

Emel:
aduan@mpkkpk.gov.my

logostaff Direktori Pegawai

iconkey linkkey
PENGGUNA BERDAFTAR
linkkey2

UNIT PUSAT SETEMPAT (ONE STOP CENTRE)

 

Carta Organisasi

 

MATLAMAT

Penubuhan OSC adalah untuk mempercepatkan norma masa memproses permohonan secara serentak bagi cadangan pemajuan supaya dapat diselesaikan di dalam tempoh masa 4 bulan sahaja. Ia sekali gus meningkatkan system penyampaian, prosedur dan proses cadangan pemajuan di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). OSC merupakan satu reformasi Kerajaan Perseketuan terhadap semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia sebagai satu langkah dan pendekatan untuk mempertingkatkan lagi kredibiliti dan integriti PBT di kalangan khalyak umum dan masyarakat. OSC MPKK dengan rasminya ditubuhkan pada 11 Jun 2007 selari dengan hasrat dan cita-cita murni Kerajaan Perseketuan di dalam usaha untuk mempertingkatkan system penyampaian kerajaan di PBT.


OBJEKTIF

    i.  Menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan pembangunan tanah, kebenaran

        merancang dan pelan bangunan secara serentak.

   ii.  Mempercepatkan norma masa dan memudahkan cara proses kerja terhadap projek-projek

       Bina  kemudian Jual (BKJ). Projek Berimpak Tinggi dan Pelaburan Asing serta Projek-projek

       Kerajaan.

   iii. Menyeragamkan prosedur dan proses permohonan Kebenaran Merncang Pelan Bangunan dan

       pembagunan tanah dengan mengambil kira peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara (KTN),

       Akta Perancangan Bandar & Desa (Akta 172), Akta Parit, Jalan dan Bangunan (Akta 133) dan

       Undang-undang kecil Bangunan Seragam 1984.


FUNGSI

   i. Menyelaras dan memproses permohonan kebenaran Merancang, Pelan Bangunan dan

      pembangunan tanah.

   ii. Menyemak dan memastikan semua permohonan adalah lengkap sebelum dibawa ke mesyuarat

      Jawatankuasa Pusat  Setempat MPKK.

   iii. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat MPKK.

   iv. Memaklumkan keputusan kelulusan mesuarat Pusat Setempat kepada Mesyuarat Majlis Penuh 

       MPKK dan kepada  pemohon.

   v. Membuat perakuan permohonan tanah kepada Pejabat Tanah dan

   vi. Menyediakan laporan status permohonan dan kemajuan tugas kepada YDP MPKK, Bahagian

        Kerajaan Tempatan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan

        Tempatan.

Halaman: 1  2  

 
 
image