MENU

SOALAN LAZIM

JABATAN PENILAIAN

1. Apakah itu cukai taksiran?

  • Cukai Taksiran ialah bayaran cukai yang dikenakan ke atas pegangan harta berkadar yang terletak didalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK)

2. Apakah tujuan cukai taksiran dikenakan?

  • Membiayai kos operasi, pengurusan perkhidmatan dan pembangunan yang dijalankan oleh pihak MPKK untuk kemudahan dan keselesaan penduduk di kawasan MPKK. Ini adalah sesuai dengan objektif MPKK itu sendiri iaitu Menjadi badan perancang, membangun, menyelenggara dan mentadbir kawasan dan Penggerak perubahan dan pembangunan sosio-ekonomi di kawasan tempatan melalui perkhidmatan yang cekap dan berkesan penduduknya.

3.  Apa perbezaan Cukai Taksiran dan Cukai Tanah?    

     a)    Apa itu Cukai Tanah?

  • Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah. Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.

     b) Apakah perbezaan 'Cukai Taksiran dan 'Cukai Tanah'?

  • Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu' dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai taksiran berwarna biru. Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri. Bil cukai tanah berwarna kuning.

4. Bagaimana cara bayaran boleh dibayar?

  • Bil Cukai Taksiran bagi setengah tahun pertama akan dihantar dalam bulan januari dan bagi setengah tahun kedua pula dalam bulan Julai.
    Pemilik pegangan yang tidak menerima bil boleh mendapatkan salinannya di Pejabat Majlis sebelum tarikh akhir membuat bayaran.
  • Bayaran juga boleh dibuat melalui perbankan internet seperti Maybank, Ambank dan CIMB Clicks.
    Pembayaran hendaklah disertakan dengan bil asal atau salinan. Bil Cukai Taksiran boleh dibayar di :-

    Tempat Hari Masa Bayaran
    a) Kaunter Pembayaran MPKK Kuala Kangsar Isnin - Khamis 8.10 pagi - 1.00 tgh
    b) Kaunter Pembayaran MPKK cawangan Sg. Siput (U)   2.00 ptg - 4.30 ptg
    c) Mana-mana Kaunter Majlis Bandaraya / Majlis Perbandaran / Majlis Daerah di dalam negeri Perak Darul Ridzuan Jumaat 8.10 pagi - 12.15 tgh
        2.45 ptg - 4.30 ptg
    * Kaunter dibuka waktu rehat 1.00 ptg-2.00 ptg pada hari Isnin - Khamis
    Pembayaran dengan cek atau kiriman wang, wang pos hendaklah dipalang dan dibayar kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dan dialamatkan kepada :-

    Majlis Perbandaran Kuala Kangsar,
    Wisma MPKK Jalan Taiping, 33000 Kuala Kangsar, Perak.
    No Tel : 05-776 3199 / 05-776 8199 
    Alamat Email : pentadbiran@mpkkpk.gov.my Laman Web : www.mpkkpk.gov.my

    Pembayaran melalui Kad Kredit, Visa dan Mastercard boleh diterima melalui :-
    a) Kaunter MPKK Kuala Kangsar dan cawangan Sg. Siput (U)

5. Bagaimana untuk menjelaskan Cukai Taksiran jika anda tidak berkemampuan membayar sekaligus ?

  • MPKK akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansuran bulanan. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Jabatan Penilaian, MPKK untuk membincangkan perkara ini. Jika dipersetujui, satu perjanjian bayaran cukai taksiran secara ansuran akan dibuat di antara anda dengan pihak MPKK.

 

 

Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi :-

     Jabatan Penilaian
Nama Pegawai : En. Mohd Saiful B. Hj. Dawam
Jabatan : Penolong Pegawai Penilaian
No.Telefon : 05-776 3199
Email : saiful@mpkkpk.gov.my

Kemaskini Terakhir: Isnin, 20 March 2017 - 4:56pm