MENU

TELCO TOWER MONITORING SYSTEM APP (2TMAPS)

RINGKASAN

Sistem Aplikasi Pemantauan Menara Telco (2TMAPS) adalah sebuah sistem yang dibangunkan untuk memantau semua menara telco di dalam kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). Idea ini datang apabila terdapat sesetengah syarikat membina menara telekomunikasi tanpa memohon kelulusan daripada pihak MPKK atau PBT kawasan tersebut.

Menara telekomunikasi haram ini tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan yang paling penting mereka tidak mendapatkan kebenaran merancang dan membayar yuran sewa kepada MPKK. Tindakan ini membawa kepada kehilangan pendapatan kepada MPKK dan Kerajaan Negeri Perak yang hampir 20 juta setahun secara keseluruhan seluruh negeri.

MPKK sangat prihatin dan bimbang tentang isu ini, sehingga mereka berjaya mewujudkan sistem 2TMAPS sebagai salah satu pemudah cara untuk menyelesaikan masalah ini.

Aplikasi ini boleh dimuat turun dengan menekan hyperlink dibawah:

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mpkk.telcotower&rdid=com.mpkk.telcotower

Cover art

Kemaskini Terakhir: Isnin, 16 Oktober 2017 - 4:50pm