MENU

RUMAH REHAT KUALA KANGSAR (RRKK)

PROFAIL

Rumah Rehat Kuala Kangsar telah dibina pada tahun 1960-an dan ia adalah salah sebuah Rumah Rehat yang masih beroperasi sehingga kini di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Ia terkenal di kalangan pelancong asing kerana ia tersenarai di dalam buku pelancongan antarabangsa. Rumah Rehat Kuala Kangsar terletak di atas bukit yang dinamakan Bukit Kerajaan atau lebih dikenali sebagai Bukit Residen yang mana pada suatu masa dahulu terdapat rumah yang didiami oleh Residen British dan juga pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

Bangunan Rumah Rehat Kuala Kangsar adalah dimiliki oleh Majlis Daerah Kuala Kangsar pada masa itu dan telah memajakkannnya kepada beberapa pengusaha termasuk yang terakhir sekali iaitu Chez Amies Travel & Tour. Di bawah pengurusan Chez Amies, Rumah Rehat Kuala Kangsar telah diberi nama Rumah Rehat Seri Temenggong.

Pada 1 April 2004, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar telah mengambil alih sepenuhnya pengurusan Rumah Rehat Kuala Kangsar atas titah Ke Bawah DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. DYMM Tuanku telah juga menitahkan supaya tahap kebersihan dan kemudahan di Rumah Rehat di naik taraf. Rumah Rehat Kuala Kangsar menyediakan pelbagai kemudahan seperti bilik penginapan, bilik mesyuarat dan restoran. Bilik-bilik penginapan terbahagi kepada 4 kategori iaitu bilik VVIP Suite-2 buah, VIP-4 buah, Deluxe-8 buah dan Superior sebanyak 3 buah beserta bilik mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 100 orang pada satu-satu masa. Di sini juga di sediakan pelbagai jenis makanan yang boleh didapati di restoran yang diuruskan oleh E.J Catering. Disamping itu juga, tetamu-tetamu Rumah Rehat boleh menikmati kemudahan-kemudahan sampingan seperti penggunaan kolam renang, gimnasium, bot persiaran dan trek jogging yang berhampiran.

Tetamu-tetamu Rumah Rehat Kuala Kangsar juga pasti terpegun dengan panorama indah Sungai Perak yang dapat dilihat dari atas bukit beserta kilapan lampu neon Jambatan Sultan Abdul Jalil yang cantik di waktu malam.

 

KEMUDAHAN BILIK DAN KADAR SEWA

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan dan tempahan:

Tel : 05-776 4262

Jumlah Bilik Penginapan

JENIS BILIK

KUANTITI

VVIP SUITE

2 UNIT

VIP

4 UNIT

DELUXE

8 UNIT

SUPERIOR

3 UNIT

Kadar Sewa Bilik Penginapan
Jadual dibawah menunjukkan senarai kadar sewa mengikut jenis bilik yang ditawarkan kepada pengunjung :

JENIS BILIK

HARI BIASA

HARI MINGGU / CUTI UMUM & CUTI SEKOLAH

VIP

RM 150

RM 170

DELUXE TRIPLE

RM 130

RM 150

DELUXE DOUBLE

RM 100

RM 110

SUPERIOR

RM 70

RM 80

Lain-Lain Kemudahan
Dewan Seminar yang berhawa dingin dilengkapi kerusi & meja yang boleh memuatkan 100 orang pada satu-satu masa, Sistem Audio Visual, Televisyen, Skrin Projektor dan White Board.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 27 September 2018 - 3:35pm