MENU
 

 

PAVILION

 

Dibina pada tahun 1920, menara ini terletak di Jalan Bendahara, Kuala Kangsar. Menara ini telah dibina berhampiran Kelab Polo Iskandar, dimana bangunan tersebut telah musnah akibat kebakaran pada tahun 1950. Menara ini dahulu digunakan oleh kerabat Diraja Perak dan Residen British untuk menonton perlawanan bola, polo, ragbi dan perarakan ketenteraan daripada menara yang tertinggi dibangunan tersebut. Rekabentuk menara ini menampakkan element tradisi warisan Melayu dan Cina.

Pada masa sekarang, menara Pavilion ini tidak lagi digunakan , namun ianya telah dijadikan salah satu tempat tarikan pelancong yang berkunjung ke Bandar Di Raja Kuala Kangsar.