MENU
 

 

FPX merupakan satu kaedah  pembayaran online gaya (trend) masa kini di Malaysia yang diuruskan oleh Malaysian Electronik Payment System Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai MEPS. Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran melalui internet (multi-bank internet payment).

Bahagian Teknologi Maklumat dan Jabatan Perbendaharaan telah  membangunkan sistem ini bagi membolehkan pengguna melaksanakan transaksi online bagi pembayaran Cukai Taksiran, Sewaan, Lesen dan Kompaun. Sistem ini boleh digunakan bermula 5 Februari 2021 yang boleh diakses di pautan https://ebayar.kualakangsar.gov.my/#/main

ebayar