MENU
 

LANDSKAP 2020

Majlis Sambutan Hari Landskap Negara, Negeri Perak Darul Ridzuan akan diadakan pada Selasa, 3 Mac 2020, jam 9.00 pagi bertempat di Laman Budaya, Jalan Istana, Kuala Kangsar. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Turut diadakan pameran daripada 10 agensi dan penyerahan anak pokok kepada agensi kerajaan, NGO dan komuniti sebagai simbolik kepada kesinambungan inisiatif program 'Tree For A Tree' ini.