MENU
 

 

MAJLIS PERBANDARAN KUALA KANGSAR

PELAWAAN UNTUK MENGISI JAWATAN GRED KENAIKAN PANGKAT

 

Pelawaan adalah terbuka kepada semua Penolong Pegawai Penilaian Gred W29 dan Penolong Akauntan Gred W29 yang sedang berkhidmat di jabatan/agensi Perkhidmatan Awam Persekutuan/Perkhidmatan Awam Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkelayakan sahaja bagi mengisi kekosongan jawatan gred kenaikan pangkat di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

 

CARA MEMOHON

Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kenaikan Pangkat yang disertakan bersama iklan ini dan boleh dimuat turun dengan melayari laman web Majlis Perbandaran Kuala Kangsar di www.mpkkpk.gov.my dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan bersama-sama borang permohonan.

 

CATATAN AM

 

(a)       Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenarai pendek calon-calon yang layak dipanggil untuk sesi ujian/temuduga.

(b)       Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklah ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian dan temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.

(c)        Permohonan daripada calon-calon yang sedang berkhidmat di agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan dengan mengemukakan dokumen berikut ke:

            YANG DIPERTUA,

            MAJLIS PERBANDARAN KUALA KANGSAR

            WISMA MPKK, JALAN TAIPING,

            33000 KUALA KANGSAR,

            PERAK DARUL RIDZUAN

            (u.p.: Jabatan Khidmat Pengurusan); atau

            hubungi talian : 05-7763199/7768199 – no. sambungan 181 untuk pertanyaan lanjut.

            Tarikh tutup permohonan adalah 11 Oktober 2019 (Jumaat) dan permohonan yang lewat

            diterima atau tidak lengkap adalah tidak dipertimbangkan.

* Borang Jawatan dan Maklumat Penuh Boleh Dimuat Turun di bawah:

a.   Maklumat Jawatan

b.   Borang Permohonan