MENU
 

Perhatian kepada semua warga kerja MPKK. 

PELAKSANAAN PKPP : PENGURUSAN OPERASI MPKK

Dengan segala hormatnya surat SUK.PK.PSM. 100-1/7/4  (24) oleh Pentadbiran SUK Perak  bertarikh 9 Jun 2020 adalah dirujuk. 

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir 9 Jun 2020 akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020. Selaras dengan itu, Kerajaan Negeri telah memutuskan, semua Jabatan, Agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Perak akan beroperasi sepenuhnya (100%) mulai 10 Jun 2020 (Rabu).

Oleh yang demikian, setiap Ketua Jabatan/Ketua Bahagian/Ketua Unit hendaklah memastikan anggota kerja bawahan patuh dan faham dengan arahan yang dikeluarkan. 

Waktu kerja pejabat dan waktu urusan kaunter di pejabat Wisma MPKK dan Pejabat MPKK(C) SS adalah kembali normal seperti berikut:

Waktu Kerja Pejabat:
8.00 pagi - 5.00 petang
(waktu kerja pekerja lapangan ialah 7.00 pagi - 4.00 petang) 

Waktu Urusan Kaunter:
8.30 pagi - 4.30 petang

Tiada lagi jadual giliran bekerja (rotation) atau Work From Home (WFH). 

Sekiranya terdapat isu pengurusan yang timbul dari arahan ini, Ketua Jabatan boleh menggunakan pertimbangan yang sewajarnya untuk mengimbangi keperluan penyampaian perkhidmatan dan kebajikan warga kerja. Surat Edaran JPA di bilangan (6) dalam siri JPA.SARAAN(S)256/6/31 JLD.6 bertarikh 2 Mei 2020 masih terpakai.

Kerjasama dan perhatian semua warga kerja MPKK berhubung perkara ini adalah amat dihargai.

Terima kasih.

KJKP