MENU
 

JAWATAN KOSONG SEBAGAI PEMBANTU AWAM
SECARA CONTRACT FOR SERVICE DI MAJLIS PERBANDARAN KUALA KANGSAR

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA BERMASTAUTIN DI DAERAH KUALA KANGSAR YANG BERKELAYAKAN

SYARAT-SYARAT SERTA CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah menggunakan aplikasi atas talian (online) sahaja dengan melayari laman web Majlis Perbandaran Kuala Kangsar di www.kualakangsar.gov.my dan pemohon akan dihubungkan ke Portal Perak Digital atau boleh terus capaian ke portal https://digital.perak.my/penjawatan/ (Menu Permohonan Jawatan Kosong).

2. Pemohon baharu perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam portal ini kecuali pemohon yang telah berdaftar dengan sistem tersebut (https://digital.perak.my/penjawatan/).

3. Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen selepas mengisi secara ONLINE. Pihak Majlis hanya akan menghubungi calon-calon yang layak untuk ditemuduga sahaja. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

4. Calon-calon yang layak dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan dokumen yang telah disahkan seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, sijil-sijil persekolahan/akademik yang telah disahkan dan lain-lain dokumen yang perlu dikemukakan.

5. Maklumat lanjut berkaitan syarat permohonan dan lain-lain, sila rujuk iklan dalam portal berkenaan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : Sebelum atau pada 19 JUN 2020 (Jumaat)