MENU
 

town hall 1

6 November 2019 – Seramai 19 orang wakil peniaga telah menghadiri sesi townhall/ dialog yang dipengerusikan oleh Tuan Zulqarnain bin Mohamad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar bersama Yb. En. Loh Sze Yee, ADUN Jalong.

Townhall yang diadakan bertujuan membincangkan inisiatif MP Kuala Kangsar untuk menempatkan peniaga-peniaga di Jalan Jalong ke tapak peniagaan baru di Jalan Industri, Sungai Siput, kerana lokasi yang mereka berada sekarang dikaki lima jalan merupakan lokas yang tidak boleh untuk menjalankan urusan peniagaan.

town hall 2

Sesi townhall yang diadakan di pejabat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar cawangan Sungai Siput berlangsung dalam suasana yang amat baik sekali dan pandangan daripada para peniaga rata-rata bersetuju dengan cadangan daripada pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

Dalam ucapan Yang Dipertua, beliau menyatakan hasratnya untuk melihat para peniaga di daerah Kuala Kangsar ini dapat menjalankan aktiviti perniagaan dalam keadaan yang baik dengan lokasi yang strategik, dan beliau mengambil contoh negara jiran seperti Bangkok dimana para peniaga ditempatkan di satu lokasi yang baik dan bersih. 

town hall 3

Sesi townhall seumpama ini akan kerap dijalankan oleh pihak MP Kuala Kangsar bagi memastikan permasalahan yang dihadapi oleh peniaga dapat diselesaikan dan matlamat MP Kuala Kangsar untuk mensejahterakan rakyat dapat dilaksanakan.