MENU

#khidmatKomuniti

Sempena memanfaatkan keberkatan bulan Ramadhan Al-Mubarak 1438H, MPKK memganjurkan Seminar Motivasi Diri: INIKAH RAMADHAN TERAKHIRKU oleh penceramah jemputan Dai' Izzhar Nazri.

Program ini yang dihoskan oleh Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan MPKK disertai hampir 500 peserta yang terdiri daripada staf MPKK, ahli-ahli Majlis, ahli MMS MPKK, ahli JPP MPKK, agensi jabatan negeri/persekutuan dan NGO.

Semoga ilmu yang disampaikan dan dikongsi oleh Dai' Izzhar akan memberi satu motivasi kepada peserta dalam meneruskan kehidupan ini sebagai hamba Allah swt.

#MPKKDihatiRakyat

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 9 Jun 2017 - 4:16pm