MENU
 

lubok 1

22 JANUARI 2019 - Program Turun Padang (TURPA) yang  dianjurkan oleh Bahagian Komuniti dan Unit Korporat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar telah diadakan di kawasan ZON 10 Lubok Merbau, Parlimen Padang Rengas.

Program diadakan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penduduk di sekitar zon terbabit.

lubok 2

Program ini turut disertai oleh  Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Dato' Shahrom bin Dato' Abd Malik bersama Ahli Majlis MPKK Parlimen Padang Rengas dan wakil jabatan MPKK.

Beberapa masalah telah dikenal pasti dan akan diambil tindakan segera oleh pihak MPKK.