MENU
 

A1

Kuala Kangsar, 6 April 2021 – Sekitar jam 8.30 pagi hari ini MPKK mengadakan program gotong-royong Big Cleaning Day di Bangunan Aked MPKK, Jalan Daeng Selili, Kuala Kangsar  bertujuan memberi nafas baharu kepada bangunan tersebut.

Tuan Zulqarnain Mohamad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar turut berkesempatan bersama-sama menyertai program ini. Dalam ucapan, beliau berhasrat agar aset MPKK ini dijaga, dipelihara dan dibangunkan semula.

A2

Bangunan yang memiliki 4 tingkat ini akan dibaikpulih dan dijangka akan beroperasi semula dengan menjadikannya salah satu pejabat MPKK di samping membuka kepada peniaga-peniaga untuk menempatkan perniagaan mereka seperti salon, pusat kecantikan, kafe, kedai gadget dan sebagainya.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut bersama-sama menyertai dan menjayakan program “Big Cleaning Day” ini.