MENU
 

korporat 12

PERHIMPUNAN KORPORAT DISEMBER 2019

12 Disember 2019 – Bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Chandan Puteri, telah diadakan program Perhimpunan Korporat bulanan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar bagi bulan Disember. Jabatan Khidmat Pengurusan telah menjadi hos pada penganjuran kali ini.

Dalam sesi penyampaian amanat oleh Tuan Zulqarnain Mohamad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, beliau berkongsi pengalaman kerjaya beliau semasa di belajar di luar negara. Selain daripada itu, beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada anggota kerja yang banyak membantu menjayakan program Kuale Car Free Day.

korporat 123

Selain daripada penyampaian amanat oleh Yang Dipertua, pada sesi Perhimpunan Korporat tersebut juga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Farmasi Hospital kerana terlibat dengan program Eko Komunti @ Kuale Car Free Day dan penyampaian sijil penghargaan kepada Hero Komuniti, Geng Topeng; sebagai sukarelawan yang banyak membantu Majlis Perbandaran Kuala Kangsar menyelesaikan isu aduan sampah haram.

Seramai 10 anggota kerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar telah menerima Sijil Penganugerahan Pekerja Terbaik Bulanan.

PENERIMA-PENERIMA ANUGERAH PEKERJA TERBAIK BULANAN

BIL.

PENERIMA

JABATAN

  1.  

Encik Abdul Rashid bin Jaafar

Jabatan Penialaian & Pengurusan Harta

  1.  

Encik Salleh bin Abdullah

Jabatan Khidmat Pengurusan

  1.  

Encik Hanafi bin Bahari

Jabatan Khidmat Pengurusan

  1.  

Encik Moahamad Rashidin bin Daud

Jabatan Perancang Bandar dan Landskap

  1.  

Encik Samsudin bin Arif

Jabatan Perancang Bandar dan Landskap

  1.  

Puan Zalihah binti Itam Ahmad

Bahagian Hal Ehwal Komunti

  1.  

Encik Asrol Afendi bin Othman

Bahagian Hal Ehwal Komuniti

  1.  

Encik Mohd Azizul bin Muhammad Sairi

Bahagian Penguatkuasaan

  1.  

Encik Mior Zaini bin Mior Aris

Jabatan Kesihatan Persekitaran

  1.  

Encik Mohd Azhar bin Sain

Jabatan Kesihatan Persekitaran