MENU
 

YDP BERUCAP

24 September 2019 – Perhimpunan Korporat bulan September cukup meriah sekali apabila pihak pengurusan meraikan atlit-atlit yang akan mewakili  Majlis Perbandanran Kuala Kangsar dalam Sukan Kerajaan Tempatan Negeri Perak yang akan berlangsung dari 27 September sehingga 6 Oktober 2019 di Ipoh, Perak.

Perhimpunan Korporat dan Program Semarak Obor Kontinjen Sukan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (The Rise of Kuale Warrior) diadakan bertujuan menyuntik semangat kontinjen Kuale Warrior dengan mengadakan sesi motivasi oleh Dr.Thariq Khan bin Azizuddin Khan, Pensyarah Fakulti Sains Sukan, Universiti Perguruan Sultan Idris.

SERAHAN BENDERA 1

Dalam ucapan inspirasi oleh Tuan Zulqarnain Mohamad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, beliau mengharapkan kontinjen MPKK mempunyai disiplin yang tinggi dan berjaya membawa pulang pingat emas untuk acara yang disertai.

Selain daripada sesi motivasi, pihak pengurusan turut memperkenalkan pakaian rasmi kotinjen MPKK, pengenalan pengurus pasukan dan penyerahan bendera kepada setiap pasukan.

SERAHAN BENDERA 2

Membakar semangat para atlit dan warga kerja MPKK, lagu Mentera Semerah Padi dinyanyikan bersama-sama dan warga kerja MPKK menyambut laungan Kuale Warrior yang dilontarkan oleh Tuan Zulqarnain Mohamad.