MENU

 

SU AYUB

6 Ogos 2019 – Bertempat di Dewan Jubli, Kuala Kangsar telah diberlangsung Perhimpunan Korporat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) bagi bulan Ogos 2019. Melibatkan penglibatan semua warga kerja MPKK, pada sesi kali ini juga anggota kerja diberi taklimat berkaitan Ceupacs Care oleh wakil daripada Ceupacs. Seramai tujuh anggota kerja telah dianugerahkan Pekerja Terbaik Bulanan. Syabas dan tahniah kepada penerima.

 

 

KATUA JABATAN
Istimewa pada perhimpunan korporat kali ini, turut diadakan Majlis Perpisahan Setiausaha Perbandaran MPKK, En. Ayub Shadan bin Abdul Rani yang dinaikkan pangkat menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Perak Tengah. Majlis turut memperkenalkan dan mengalu-alukan kehadiran En. Mohamad Ikram bin Ahmad, sebagai Setiausaha Perbandaran yang baharu menggantikan En. Ayub Shadan.

 

 

SU SALAM
Majlis bersurai dengan sesi bergambar bersama-sama mantan Setiausaha Perbandaran dan majlis potong kek hari jadi bagi mereka yang lahir pada bulan Ogos.