MENU
 

KEK 16

17 Februari 2020 - Majlis Perbandaran Kuala Kangsar telah mengadakan majlis kesyukuran bersempena sambutan ulangtahun perbandaran yang ke 16. Majlis tersebut telah dihadiri oleh seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Ahli-ahli Majlis dan turut meriakan adalah pelajar-pelajar daripada Sekolah Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar.

Bacaan Yassin telah dipimpin oleh Ustaz Eddie Syahidi Husain dan seterusnya menyampaikan tazkirah kepada tetamu yang hadir. Pada majlis tersebut turut diadakan penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan dan penyampaian sijil kepada jabatan-jabatan sempena pencapaian cemerlang.

YASIN 16

Pada sesi penyampaian amanat oleh Tn. Zulqarnain bin Mohamad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, beliau mengajak semua warga kerja agar terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada warga Kuala Kangsar dan berusaha untuk mencapai lebih banyak lagi kecemerlangan.

Trivia : Pada 18 Februari 2004, Majlis Daerah telah diberi taraf Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.