MENU
 

 

GERAI A 1

Kuala Kangsar, 31 Mac 2021- Sebanyak 12 premis makanan telah dipilih menerima sijil penggredan makanan oleh MPKK dibawah program preggredan premis makanan.

Antara premis makanan terdiri daripada rangkaian makanan segera iaitu KFC Talang, KFC Pekan Kuala, Domino, Mc Donalds, Bubblebee, Marrybrown, Pizza Hut dan manakala bagi restoran pula terdiri daripada Semat Q, Cendol Pulut Lempor, PJOI Cafe, Secret Recipe dan Restoran Kak Bitah.

Tuan Zulqarnain Mohamad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar berkesempatan menyertai program ini dengan menyampaikan sendiri sijil penarafan kebersihan premis makanan kepada pengurus-pengurus premis makanan yang terpilih.

GERAI A 2

Terdapat 12 premis memperolehi penggredan A manakala enam premis memperolehi penggredan B. Kriteria yang dipilih oleh MPKK dalam penggredan premis makanan adalah berdasarkan buku rating pengiktirafan premis makanan.

Diharapkan semua pengusaha sektor makanan di Kuala Kangsar dapat memberikan kualiti yang terbaik kepada pelanggan dari segi kebersihan premis, makanan dan kualiti makanan.