MENU
 

 

apc1

15 September 2020, Dewan Jubli Kuala Kangsar – Majlis Perbandaran Kuala Kangsar telah mengadakan Majlis Apresiasi MPKK 2020 bagi meraikan kecemerlangan anggota kerja yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), meraikan anggota yang bersara, meraikan para media dan NGO, penganugerahan kecemerlangan bidang sukan dan anugerah perdana Yang Dipertua.

apc2

Majlis yang tertangguh sehingga tujuh bulan kerana pandemic Covid-19 ini akhirnya berlangsung pada hari ini dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pemimpin-pemimpin tempatan serta wakil, Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Daerah, warga kerja MPKK serta mantan Yang Dipertua MPK , Dato’ Shahrom bin Dato’ Abd. Malik serta mantan Setiausaha Perbandaran, Encik Ayub Shadan bin Abdul Rani.

Pada ucapan perasmian YB. Dato’ Muhammad Zahir, ucapan tahniah ditujukan kepada penerima-penerima anugerah dan pesara. Khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan sebagai penjawat awam amat dihargai. Beliau juga memberi penghargaan kepada petugas barisan hadapan MPKK yang bertugas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari.

apc 3

Tahniah kepada 22 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 96 orang anggota kerja yang menerima sijil Terampil, 11 orang anggota penerima penghargaan pesara, empat agensi media & empat NGO penerima sijil Apresiasi Tautan Kasih, dua anggota kerja penerima anugerah sukan MPKK dan seorang penerima anugerah perdana Yang Dipertua.

Sekalung penghargaan diberikan kepada pihak urus setia dan semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan Majlis Apresiasi MPKK 2020. Terima kasih juga diucapkan atas kehadiran tetamu jemputan dan warga kerja MPKK Sehati Sejiwa.