MENU
 

utm 1

26 November 2019, Selasa - Telah berlangsung Program Jejak Warisan Bandar Diraja Kuala Kangsar di Wisma Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Program yang melibatkan kehadiran 54 orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama tiga orang wakil pengiring merupakan pelajar tahun 4 dalam jurusan Landskap Seni Bina, Fakulti  Alam Sekitar Dan Tinjauan.

Bagi  menjayakan program ini, satu sesi perkenalan telah diadakan pada awal program ini dijalankan. Mengikut permintaan daripada UTM, Ketua Jabatan Perancang Bandar dan Landskap iaitu Encik Mohamad Norulamin bin Ahmad telah memberi penerangan tentang Jejak Warisan Bandar Diaraja, Kuala Kangsar. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kerja-kerja dan kajian yang telah dijalankan.