MENU
 

Kuala Kangsar, 18 Ogos 2019 – Kira-kira 3,800 orang telah memeriahkan program Kuale Car
Free Day yang berlangsung di Jalan Kangsar, Kuala Kangsar. Program yang berlangsung
bermula jam 7.00 pagi sehingga 10.00 pagi itu merupakan penganjuran kali kedua, setelah
penganjuran yang pertama telah diadakan pada tahun 2016 yang lalu.

 

CAR FREE DAY

Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, En. Zulqarnain bin Mohamad berkata,
program ini dianjurkan bertujuan menjadikan Kuala Kangsar sebagai bandar rendah karbon dan
memupuk kesedaran kepada penduduk di sini untuk menjaga kesihatan, membentuk
masyarakat yang cintakan alam sekitar dan mewujudkan semangat kekeluargaan kerana
mereka hadir bersama ahli keluarga untuk beriadah. Selain itu, aktiviti seperti ini dapat dilihat
mampu mengeratkan hubungan antara kaum kerana kehadiran dan penyertaan terbuka kepada
semua lapisan masyarakat.

 CAR FREE DAY 2

Untuk penganjuran kali kedua ini, bertemakan Bulan Kemerdekaan. Bertepatan dengan tema
tersebut, pelajar-pelajar yang menjalankan latihan praktikal telah menyampaikan sebuah drama
Kemerdekaan buat para pengunjung yang hadir.

Selain daripada persembahan drama, aktiviti lain yang turut diadakan adalah senamrobik,
human table football, pertandingan mewarna, pertandingan beyblade, berbasikal, memanah,
pameran daripada agensi kerajaan, demontrasi pembuatan labu sayong, tekad benang emas,
ikatan tengkolok, persembahan daripada komuniti Melayu, Cina dan India serta berbagai lagi
aktiviti yang lain.

CAR FREE DAY 3

Selain daripada itu, seramai 250 orang telah menyertai kayuhan Fun Ride Kenali Kuala Ku
anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalan
Raya yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Abdul Yunus bin Jamhari, Exco Kemudahan
Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan.
“Bagi penganjuran bulan yang seterusnya, kita menggalakkan agensi kerajaan sekitar Kuala
Kangsar untuk turut serta mengadakan program bersama seperti NBOS. Selain daripada
menjimatkan masa ia juga menunjukkan keakraban antara jabatan di daerah ini apabila
menjalankan program bersama-sama,“ ujar En. Zulqarnain Mohamad.