- Memberi perkhidmatan perbandaran yang asas dan sesuai dengan kehendak Akta 171.
- Menjadi agen pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial yang berkesan dan selaras dengan kehendak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
- Merancang dan mengawal pembangunan mengikut kehendak Akta 172 & Akta 133 melalui Pelan Struktur dan Pelan Rancangan Tempatan.
- Berusaha agar dapat melahirkan satu suasana kehidupan Bandar yang ceria dan tenteram melalui penyediaan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, gerai, dewan, kompleks sukan, taman rekreasi, perhentian bas dan perpustakaan.
- Mempertingkatkan pengurusan dan kebersihan alam sekitar melalui kawalan pelesenan, perniagaan, kawalan lalu lintas, bangunan dan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur.