MENU

RUPA

Rupa adalah bersifat dua dimensi (2D), wujud dalam ruang yang mendatar. Setiap gambaran bersifat abstrak mempunyai maksud-maksud yang tersirat. Ruang pada motif-motif yang diterapkan dalam reka bentuk baru logo MPKK ini disesuaikan dengan objektif dan wawasan semasa MPKK disamping menonjolkan mercu tanda menarik di Daerah Kuala Kangsar.

Perlambangan

Eleman asas rekabentuk terdiri dari garisan, rupa, warna dan bentuk. Semua hasil reka bentuk terhasil dari gabungan dan aturan elemen-elemen asas ini.

PADI

Padi merupakan makanan utama penduduk setempat. Padi juga telah menjadi makanan turun temurun disamping telah menyumbangkan ke arah sosioekonomi masyarakat Melayu pada masa dahulu dan tidak luput ditelan zaman. Sumbangannya kepada ekonomi dan kepentingannya kepada sumber tenaga kepada masyarakat setempat tidak harus dilupakan.

LINGKARAN BULAN SABIT

Lingkaran berbentuk bulan sabit digunakan di sini sebagai bentuk asas bagi logo MPKK. Menggambarkan Agama Islam yang mana ketua pemerintah di Negeri ini iaitu Sultan, menjunjung tinggi peranan Agama dalam membentuk kehidupan yang lebih sejahtera, berkualiti dan bersih disamping menyokong imej lambang masjid yang digunakan sebagai lambang utama di dalam logo MPKK ini.

BUKU

Mendefinisikan Kuala Kangsar sebagai sebuah perbandaran yang berteraskan ilmu pengetahuan dengan tertubuhnya sekolah-sekolah yang sememangnya tersohor di seluruh negara terutamanya MCKK. Dari sinilah terlahirnya tokoh-tokoh politik yang sememangnya banyak menabur bakti kepada negara, bangsa dan agama.

IMEJ MASJID UBUDIAH

Memang dikenali sebagai salah satu mercu tanda yang begitu sinonim dengan Daerah Kuala Kangsar. Masjid ini juga di antara yang tertua di Malaysia serta dikatakan sebagai antara salah satu masjid yang tercantik di dunia.

Penggunaan imej masjid ini adalah merujuk kepada gelaran Daerah Kuala Kangsar itu sendiri yang dikenali sebagai Bandar Diraja yang mana Sultan ataupun pemerintahnya menjunjung agama Islam. Disamping itu juga, ianya menjadi salah satu mercu tanda pelancongan yang terkemuka di Negeri Perak.

IMEJ JAMBATAN

Merupakan satu lagi mercu tanda Daerah Kuala Kangsar. Jambatan digunakan sebagai imej di sini sebagai menunjukkan pihak MPKK sentiasa menjalinkan hubungan mesra dengan rakyat Daerah Kuala Kangsar.

Imej disokong oleh grafik air berwarna biru bagi menyerlahkan lagi kesemua gabungan lambang-lambang grafik yang diaplikasikan dalam lingkaran asas perlambangan logo MPKK ini.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 12 Julai 2019 - 12:31pm