MENU

DATO' SHAHROM BIN DATO' ABD. MALIK
 

Sememangnya setiap pelanggan berharap kepentingan mereka mendapat perhatian dan keutamaan. Langkah-langkah bersesuaian  telah dilaksanakan untuk membentuk satu sistem pengurusan dan urus tadbir yang cemerlang dengan pemakaian teknik pengurusan moden untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan selaras dengan aspirasi kerajaan dan disokong oleh masyarakat Kuala Kangsar yang mampan.

Penggunaan aplikasi ICT terbukti menjadi salah satu alat bantu utama untuk meningkatkan sistem penyampaian dengan standard kualiti yang tinggi serta mesra pelanggan. Maklumat dapat disediakan dengan pantas dan tepat bukan sahaja untuk kegunaan organisasi tetapi juga kepada orang awam dan pihak-pihak lain yang berkepentingan. 

MPKK berhasrat untuk membangunkan Kuala Kangsar menjadi suatu tempat yang bersih, indah dan selesa untuk didiami dan bekerja selain berdaya saing untuk pelaburan. Aspek-aspek kebersihan, kesihatan serta infrastruktur yang seimbang dan pembangunan rohani ditekankan untuk membina sebuah masyarakat yang mapan di Kuala Kangsar. MPKK dan warga Kuala Kangsar memerlukan satu pendekatan atau kaedah yang akan membolehkan kita  menjangka masa depan dengan mengambil kira beberapa faktor kritikal yang bakal menjadi kenyataan pada masa hadapan. Untuk manfaat bersama, perancangan masa depan tidak boleh diabaikan. Bagi merealisasikan hasrat ini, kerjasama erat dan rapat antara MPKK dan masyarakat perlu diwujudkan dan dipertingkatkan untuk menentukan kedudukan dan peranan setiap entiti di Kuala Kangsar.

DATO' SHAHROM BIN DATO' ABD. MALIK
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Kemaskini Terakhir: Khamis, 13 April 2017 - 4:38pm