MENU
 

 

KAREI

 

Jambatan keretapi ini disebut juga Jambatan Enggor kerana letaknya di Enggor, Kuala Kangsar. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897 dan siap serta dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W Fryer, Divisional Engineer dan C.RHanson.

Dengan siapnya jambatan ini, maka lengkaplah perjalanan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru.

Pada hari Selasa, terdapat aktiviti pasar sehari yang diadakan dikawasan berhampiran jambatan ini. Selain itu, Jambatan Victoria sering menjadi tarikan Raja Sehari mengabadikan gambar kenangan perkahwinan mereka dan turut menjadi tarikan pengunjung-penjung yang tiba di Kuala Kangsar.