WARGA MP KUALA KANGSAR

LOGO

Rasional Warna

 

KUNING

Warna Kuning ditonjolkan di sini sebagai warna utama. Dikategorikan sebagai warna panas di mana lebih bersifat dinamik dan cemerlang.

Kecemerlangan yang disebut di sini ialah kecemerlangan MPKK dalam menjalankan tugas sebagai satu agensi pihak berkuasa tempatan yang mana turut sama membantu di dalam mengejar wawasan untuk membangunkan Daerah Kuala Kangsar menjadi daerah lebih maju.

Warna Kuning juga merupakan warna khas Raja-Raja Melayu yang melambangkan corak pertadbiran MPKK yang efisyen disamping sesuai dengan gelaran BANDARAN DIRAJA untuk Daerah Kuala Kangsar.

 

HITAM

Warna Hitam yang digunakan di sini lebih berfungsi sebagai warna sokongan kepada warna utama. Pilihan Warna Hitam memberi maksud Keteguhan, Dedikasi, Cekap dan Sentiasa Bersedia..

Keteguhan yang dimaksudkan di sini ialah keteguhan di dalam menjalankan perkhidmatan serta dedikasi di samping sentiasa berkhidmat sesuai dengan motto majlis iaitu 'BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT'

 

BIRU

Warna Biru biasanya dikategorikan sebagai warna-warna segar. Digunakan di sini untuk mengimbangkan warna-warna utama yang sedia ada iaitu Kuning dan Hitam.

Selain itu, Warna Biru juga melambangkan ilmu dan pendidikan selaras dengan hasrat MPKK untuk menjadikan Daerah Kuala Kangsar sebagai Bandar Ilmu disamping menitik beratkan kesejahteraan penduduk sekitar.

 

Elemen Asas Rekabentuk

Eleman asas rekabentuk terdiri dari garisan, rupa, warna dan bentuk. Semua hasil rekabentuk terhasil dari gabungan dan aturan elemen-elemen asas ini.

 

GARISAN

Penggunaan elemen garisan di dalam rupabentuk logo MPKK lebih bersifat grafik. Gabungan warna serta imbangan secara kontras pada garisan goemetrik memberikan kesan yang dinamik pada keseluruhan rekaan.

 

Laman: 1  2