close
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman | Peta Lokasi
Pilihan Teks : font1 font2 font3 Skema Warna : BBC Putih BBC Biru BBC Hitam BBC Putih2 w3c1 Pilihan Latar Belakang : bg1 bg2 bg3 Lain Bahasa Pilihan Bahasa:
Laman Utama » MP Kuala Kangsar » Local Agenda 21
 
KHIDMAT PELANGGAN
Tel : 05-776 3199
Fax : 05-776 1004
logompkk

Emel:
aduan@mpkkpk.gov.my

logostaff Direktori Pegawai

iconkey linkkey
PENGGUNA BERDAFTAR
linkkey2

LOCAL AGENDA 21 (LA21)

1. Latar belakang Local Agenda 21 (LA21)

  • Agenda 21 berasal daria persidangan Earth Summit di persidangan Rio de Janeiro, 1992;
  • Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan mampan;
  • Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan angka “ 21 “ menandakan abad ke-21;
  • Ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia; dan
  • Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk ” Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21 ”

2. LA21 ialah suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan PBT (majlis bandaraya, majlis perbandaran, perbandaran, majlis daerah, majlis bandaran, lembaga bandaran, majlis tempatan, lembaga luar bandar) bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan

3. Melalui LA21 masyarakat tempatan boleh melibatkan diri utnuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu

4. Pendekatan asas program ini ialah pendekatan bottom-up, atau dari akar umbi ke atas. Ini bermakna, penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dlam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing

5. Sebagai contoh, penduduk tempatan terlibat scara langsung mengenai perbincangan, bengkel atau aktiviti berkaitan dengan isu-isu tempatan

6. Antara contoh isu yang boleh dibangkitkan adalah seperti isu banjir dan sistem perparitan, isu pencemaran alam sekitar, isu pengangkutan dan lalulintas, isu perumahan dan isu sosial dalam komuniti serta isu-isu lain

7. Sebagai individu

  • Pendapat anda diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk meningkatkan kualiti hidup anda;
  • PBT yang lebih peka dan berkesan kepada keperluan-keperluan anda;
  • Alam sekitar yang lebih selesa dan kualiti hidup yang lebih tinggi; dan
  • Meningkatkan rasa bangga, cinta dan tanggungjawab kepada alam sekitar anda

8. Sebagai persatuan atau syarikat

  • Meningkatkan imej pertubuhan anda sebagai badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain;
  • Menjalankan program-program dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama dari pihak-pihak yang berkepentingan lain;
  • Peluang untuk merancang dan menguruskan pembanunan alam sekitar kawasan anda bersama-sama dengan PBT;
  • Peluang untuk memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi tempatan yang memberi kesan kepada alam sekeliling dan kualiti hidup masyarakat tempatan; dan
  • Peluang berkhidmat untuk masyarakat

9. Sebagai Wakil Kerajaan

  • Meningkatkan persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan;
  • Meningkatkan sokongan masyarakat kepada program-program yang akan membawa manfaat kepada semua; dan
  • Mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan, kesepakatan, keberkesanan dan kecekapan, lebih bertanggungjawab dan berwawasan strategik

Halaman: 1  2  

 
 
image