Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman | Peta Lokasi
   Pilihan Teks : Pilihan Warna : Pilihan Latar Belakang : Lain Bahasa Pilihan Bahasa:
Laman Utama » MP Kuala Kangsar » Profil » Latarbelakang
 
KHIDMAT PELANGGAN
Tel : 05-776 3199
Fax : 05-776 1004
logompkk

Emel:
aduan@mpkkpk.gov.my

logostaff Direktori Pegawai

iconkey linkkey
PENGGUNA BERDAFTAR
linkkey2

LATARBELAKANG MPKK

 

SEJARAH MPKK

Majlis Daerah Kuala Kangsar telah ditubuhkan pada 1 Januari 1980, di bawah peruntukan penyusunan semula Penguasa- penguasa Tempatan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 dengan mencantumkan beberapa Penguasa Tempatan dalam Daerah Kuala Kangsar dan hanya mewujudkan Sungai Siput (U) sebagai cawangan untuk menjadikan Penguasa Tempatan yang besar dan kukuh. Penguasa-Penguasa Tempatan yang dimaksudkan ialah:-

  • Kuala Kangsar
  • Sungai Siput
  • Padang Rengas
  • Liman Kati
  • Salak Baru
  • Jerlun
  • Manong
  • Sauk
  • Karai

Selaras dengan Seksyen 7(1) Akta 171 pada Julai 1997, MDKK telah mewartakan seluas 79.94 km persegi sebagai kawasan yang diperluaskan pemakaian semua Akta yang diterima pakai oleh MDKK. Kawasan MDKK mempunyai penduduk berbilang bangsa.

Pada tahun 2000 iaitu mengikut banci 2000, jumlah penduduk di Daerah Kuala Kangsar menjangkau 154, 048 orang. Keluasan Kawasan Pentadbiran Kuala Kangsar adalah 204.94 km persegi.  Keluasan kawasan kawalan pula terdiri daripada 47.6 % daripada keluasan sebenar dan 157.3 % merupakan kawasan operasi   yang diberikan perkhidmatan perbandaran.

MDKK berhasrat menjadikan Kuala Kangsar sebagai " KUALA KANGSAR INDAH PERMAI ".Bagi menjamin hasrat ini tercapai, MDKK telah membentuk matlamatnya iaitu "Berazam Membina Kehidupan Berkualiti Tinggi Untuk Bersama-sama Menuju Ke Arah Sebuah Negara Maju Menjelang Tahun 2020 " .

Pada 18 Februari 2004, Majlis Daerah telah diberi taraf Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. MPKK berjanji menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti kepada masyarakat. bersempena dengan motto MPKK iaitu Mengutamakan Pelanggan Komitmen Kami.

 

 
 
iconPerak iconMampu iconKpkt iconMsc iconJpa icon1 iconPNews
iconGov iconEpu iconJMalaysia iconProgram iconGerik iconKampar
iconTapah iconKerian icon Lenggong iconIpoh iconPengkalanHulu iconPTengah
iconTMalim iconKKangsar iconManjung iconTIntan iconSelama iconTaiping iconBGajah
image