Carta Organisasi
MATLAMAT
Memantapkan pengurusan kewangan MPKK dari segi peningkatan dan kepelbagaian hasil serta kawalan dan penjimatan perbelanjaan
OBJEKTIF
i. Mencari hasil yang hilang
ii. Mencari hasil punca baru
iii. Meningkatkan kutipan hasil semasa melebihi 90%
iv. Mengurangkan tunggakan dengan mensasarkan kutipan tunggakan 40%
v. Mengelakkan pembaziran dan tingkatkan ‘Value For Money’.
vi. Mengubah prosedur kerja dan pembanggunan Modal Insan.
FUNGSI
Menyelaraskan pengurusan kewangan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang merangkumi kutipan hasil cukai langsung dan bukan langsung serta mengawal perbelanjaan pengurusan mengikut peruntukan yang telah ditetapkan di dalam belanjawan selaras dengan arahan-arahan dan peraturan yang berkuatkuasa
TUGAS
Bahagian Akaun
i. Menyediakan penyata kewangan tahunan yang memberikan gambaran yang benar dan saksama
ii. Rekod-rekod perakaunan disenggara dan diperakaunkan dengan betul.
Bahagian pembayaran/Gaji
i. Menguruskan penyediaan gaji,elaun-elaun dan melaksanakan pembayaran kepada pembekal-
pembekal
ii. Memastikan perbelanjaan dalam lingkungan belanjawan yang telah diluluskan
Bahagian perolehan/belanjawan
i. Melaksanakan urusan pembelian bekalan stor dan stok
ii. Menyenggara urusan stor dan stok supaya lebih sistematik.
Bahagian kutipan hasil dan letak kereta
i. Bertanggungjawab menerima dan mendepositkan ke dalam bank hasil-hasil kutipan Majlis
ii. Menguruskan Sistem Letak Kereta dari segi penjualan kupon dan penyewaan petak letak kereta.























