Carta Organisasi
OBJEKTIF
i. Menyediakan prasarana komunikasi di semua bahagian selaras dengan hasrat kerajaan
ii. Mewujudkan satu sistem pengurusan maklumat bersepadu untuk kemudahan rujukan pihak
Jabatan dan faedah kepada orang ramai.
iii. Meningkatkan kecekapan pantadbiran dan kualiti kerja pegawai / kakitangan di semua
peringkat ke arah kerajaan Elektronik dan ‘paperless’
iv. Menyediakan pegawai/ kakitangan yang celik dan mahir komputer (ICT).
FUNGSI-FUNGSI
i. Mengenalpasti potensi kegunaan teknologi maklumat dan menggalakkan penerapan teknologi
maklumat terkini yang bersesuaian untuk Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
ii. Membantu Pengurusan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar melaksanakan teknologi maklumat
bersistematik dengan kos yang berpatutan.
iii. Membangun dan menguruskan sistem-sistem berkomputer untuk Majlis Perbandaran Kuala
Kangsar yang diluluskan oleh pihak pengurusan.
iv. Melaksanakan projek-projek pengkomputeran yang diarahkan oleh kerajaan Negeri dan
Kerajaan Perseketuan.
v. Mewujud dan menggalakkan penggunaan piawaian teknologi maklumat di Majlis Perbandaran
Kuala Kangsar.
vi. Membantu Pengurusan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar melaksanakan dasar, peraturan dan
piawaian berhubung dengan teknologi maklumat yang ditetapkan oleh kerajaan.
vii. Berusaha untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat di
Majlis Perbandaran Kuala Kangsar melalui kursus-kursus dan bengkel-bengkel.























